Puan Noraini merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau menjual kraftangan berasaskan anyaman secara kecil-kecilan. Kemahiran mengayam ini adalah warisan turun-temurun dan hasil daripada pembelajaran yang disertai daripada bengkel anjuran Kraftangan Malaysia.
Antara produk kraftangan yang dihasilkan oleh Puan Noraini adalah:
1. Beg anyaman
2. Tikar
3. Penanda buku
4. Bunga telur