PERTANDINGAN POSTER ONLINE
| Tarikh : 09 & 10 MAC 2019 Masa : 9.00 Am ~ 10.00 Am Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Pertandingan ini disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk kreativiti para peserta di samping menyampaikan mesej-mesej positif berkenaan isu-isu yang terdapat di alam maya.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Poster MyWall . Mereka kemudian dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk menghasilkan poster yang menarik mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan poster yang berimpak positif.