mcmc
Kesihatan

Penggunaan AIR PANAS Adalah Kaedah Yang PALING MURAH Untuk Membunuh KUMAN

 

 

Pembersihan dan sanitasi penting untuk keselamatan makanan kerana kebanyakan kes
keracunan makanan berkaitan dengan sanitasi yang tidak mencukupi dan tidak berkesan.

Umumnya, permukaan peralatan, meja penyediaan makanan dan perkakas yang menyentuh makanan harus dicuci, disanitasi dan dibiarkan kering sempurna.

Tahukah anda bahawa penggunaan AIR PANAS adalah kaedah yang PALING MURAH untuk membunuh KUMAN!

Jadi jom kita sama-sama pastikan kawasan dapur di rumah mahupun tempat penyediaan makanan di premis makanan anda BEBAS daripada bakteria, kulat dan VIRUS!

#StaySafe 
#EatSafe 
#StayAtHome
#DudukDiRumah
#KitaJagaKita

Kredit: Food Safety Malaysia