mcmc
Maklumat Am

Laksana PKP Aidilfitri

 

 

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman setelah perhimpunan keluarga menyebabkan kematian.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita boleh hilang segala usaha dan kawalan yang kita lakukan selama ini. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita,” katanya di Twitter hari ini.
.
Sementara itu, di Arab Saudi, perintah berkurung juga telah diumumkan pada tempoh perayaan aidilfitri dari 23-27 Mei 2020.

Tanpa pelaksanaan PKP , mampukah pergerakan masyarakat dihentikan dari melakukan ziarah dan berkunjung ?

 

#Covid19
#StayAtHome
#DudukDiRumah
#KitaJagaKita
#PenjarakanSosial
#PutuskanRangkaianCovid19
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#PatuhiPerintahKawalanPergerakanBersyarat
#KawalanKendiri
#KitaMestiMenang