Latar belakang
Mohd Afiq adalah pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. Beliau menetap di Kampung Melayu yang terletak berdekatan dengan NADI Kampung Orang Asli Sungai Judah.
Mohd Afiq sering datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet. Beliau menggunakan kemudahan di NADI untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang diberi oleh guru. Beliau juga merupakan salah seorang ahli NADI yang aktif melibatkan diri dalam program-program anjuran NADI.
Penyertaan dalam Program NADI
Mohd Afiq diperkenalkan kepada Program Perkhidmatan Pintar NADI oleh petugas NADI Kampung Orang Asli Sungai Judah. Beliau diperkenalkan dengan webinar-webinar program khas yang khusus dianjurkan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran.
Melalui penyertaan program di NADI, Mohd Afiq dapat menyertai kelas pembelajaran tambahan secara percuma dalam persekitaran yang selesa. Program khas yang disertai membantu beliau untuk lebih mudah memahami topik-topik yang sukar. Beliau juga lebih yakin untuk menjawab soalan Latihan dan peperiksaan.
