NAMA : MUHAMMAD SANI BIN ABDULLAH UMUR : 32 TAHUN AHLI : 2013 |
Latar belakang
Encik Sani Bin Abdullah merupakan penduduk Kampung Sungai Judah yang berumur 32 tahun. Beliau bekerja sebagai polis bantuan di Sime Darby, Pulau Carey. Encik Sani telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Encik Sani melibatkan diri sebagai dropship untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi di zaman kini. Walaupun sebelum ini beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun beliau positif untuk terus menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan Encik Sani dalam aktiviti atau program anjuran PEDi Sg Judah, pengetahuan ICT beliau hanya diperingkat asas. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Internet dan komputer. Tambahan pula, beliau hanya menggunakan internet di telefon mudah alih dan penggunaan internet terhad untuk digunakan di media sosial sahaja sebagai medium komunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau tidak terdedah dan mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PEDi Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Encik Sani semakin yakin dan mahir menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan selain daripada berkomunikasi. Sebagai contoh beliau berjaya memasarkan produk jualannya, kambing perap melalui media sosial terutamanya di aplikasi Whatsapp Web. Encik Sani juga telah diajar untuk menarik perhatian bakal pelanggan beliau melalui teknik pemasaran yang menarik. Beliau juga dibimbing dan telah mengikuti kelas kemahiran insaniah/soft skill untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan pelanggan.