mcmc
Keusahawanan

Usahawan Kraftangan Ukiran

Encik Bidin Bin Loya merupakan salah seorang pengukir kraftangan patung dan topeng di Kampung Sungai Judah. Beliau terlibat dengan seni ukiran kayu ini kerana minat dan didorong oleh ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meneruskan tradisi turun menurun masyarakat Mah Meri yang sememangnya terkenal dengan penghasilan ukiran kayu yang pelbagai.

 

Antara produk ukiran yang dihasilkan adalah:

1. Ukiran patung

2. Ukiran topeng

3. Ukiran alat-alat muzik

4. Ukiran cenderamata